Syurga paling dekat

Menjaga ibubapa yang sudah berumur bukan perkara yang mudah dan boleh jadi mencabar.
.
Tapi bila kita melakukannya macammana mereka melayan kita masa kecik dulu, itu adalah pintu kita ke syurga.
.
-Mufti Ismail Menk.
.
Teringat encik suami bagitahu, nak masuk Syurga tu tak yah fikir jauh-jauh dulu, start dulu yang paling dekat ada dalam rumah ni—mak ayah kita.
.
Bila kita dah dewasa, rasa macam makin pandai. Kita lupa mak ayah makin tua, jiwa makin sensitif tak sama macam masa kita kecik dulu.
.
Kalau ada berbeza pendapat, kita belajar untuk diam dan terima pendapat dia. Kalau tak setuju ada cara untuk tak setuju. Tak perlu jadi pendebat cemerlang dengan mak ayah.
.
Insaflah saya, sobs.
.

Retis katanya

Masuk tv punya hal, tudung raya pun rasmi awal.

.

Alhamdulillah berpeluang rasa jadi retis sekejap. Eh bukan aku cakap tapi semua orang cakap hahahah.

Ai follow je.

Bawah ni malam sebelum first time masuk TV.

Beriya siapkan props.

Fateh pung pandai sebut TV hijjah.

Suka betul si Fateh setiap kali nak ajak ke TV hijjah dia.

Foto bawah adalah kenangan untuk kami pahat di sini.

Maaf ye kalau anda rasa ada unsur show off. Tak niat langsung.