Kita selalu lupa

nak syukur.

Selalu mengeluh stress sedih rasa tak bagus handle anak anak, anak orang lebih baik.

Sebab apa?

Selalu sangat tengok kehidupan orang lain, lupa nikmat Allah bagi pada diri sendiri.

Lepas tu, kita stress sbb kita tak terima seadanya apa yang Allah bagi tu.

Astaghfirullah.

Ampunkan aku Allah.

Aku insan leka lupa dan hina.

Atas anugerah yang Kau beri.

Meroyan

Bismillah.

Semalam kecoh berita seorang ibu kelar baby dia umur 2 bulan.

Dan di FB begitu ramai share tentang meroyan.

Allah..betul begitu sekali impak untuk jaga ibu dalam tempoh berpantang. Paling tertinggi adalah emosi.

Sedikit ilmu ibu nak share di sini daripada FB Encik Matt, untuk rujukan ibu kemudian hari.

postpartum ada 3 peringkat:

1) Pertama dipanggil postprtum Blues. Ia berlaku tidak lama, hanya beberapa hari sahaja dan ia boleh dikawal dan tidak serius.

2) postpartum depression. Ini yang biasa kita dengar. Mudah menangis, tertekan, marah, cepat panik, letih, sukat tidur malam dan boleh jadi meracau. tetapi belum mengganas. Mudah dikesan, perlukan rawatan.

3) Postpartum psychosis . Ini paling bahaya. Rentetan dari postpartum depression berpanjangan dalam tempoh 6 minggu atau lebih. Ibu mula mengganas, mula berhalusinasi, mencari idea untuk mencederakan diri atau orang yang berdekatan sehingga membunuh diri atau bayi . Macam orang kena rasuk, ketika itu hormon thyroid dan hormon-hormon lain turun terganggu. Patutlah dulu kawan saya pernah cerita isteri beliau pergi dapur makan ayam mentah. Semua orang fikir kena rasuk jin atau sudah gila. Sedangkan ibu ini sedang melalui fasa kronik Postpartum Psychosis. Perlukan rawatan dengan segera.

-Encik Matt

Jadi, lihatlah betapa encik suami saya bersungguh sunggu seboleh bolehnya nak KPI dia dalam menjaga mak pantang adalah cemerlang. Bini, kau menangis sekarang terharu! Hahaha, ALHAMDULILLAH memang syukur sangat sangat sangat sangat Encik Khairil Syazwan Khalil ni jadi suami saya.

Kalau ada grade lebih cemerlang itulah yang layak untuk beliau.

Huhuh.

Awi ayang bi nyak ngak!

Terima kasih ayah, ntahlah Nadiahย rasa tak layak nak cakap pape untuk awak, sebab Nadiah rasa awak layak hadiah bidadari teristimewa di Syurga nanti amin amin amin dengan melayan karenah anak anak kerja rumah dan jaga perangai Nadiah lagi masa pantang lagi. Sobs.

Ada sekali awak buat nestum tak manis sangat pun Nadiah nangis, sebab emo tak reti jaga anak dan awak penat. Huhu T______T

Hormon sangat kannnnnnnnn.

Tabah ye ayah sikit lagi je–bidadari.

2 Feb 2017

Bismillah.

Hari ni last day urut.

Tapi lepas tu sakit kepala yang hamatnya!

Anak anak ibu balik sekolah je meluru adik, berdenyut nyut kepala ibu.

Ayah yang tabah pun bawak anak anak keluar bermain dalam jalm 3 petang.

Dahlah belum decide nama adik. Huhu

Insya Allah nama yang tak dapat nak bagi tu kita pass baton pada adik awak ye, hana ๐Ÿ˜…

Hari ni dia mintak perhatian lebih sikit masa ibu urut, best ye nak kena urut?

Apa de hal pakai seliar tido masa rock climbing

New achievement abang Aliff ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ sukses naik basikal tanpa roda kecil

Panas je ibu tengok gambo engkorang ni, hins hins

Tak pasti lah apa memori anak anak ibu masa ibu pantang. Maafkan ibu kalau anak anak rasa terkurang kasih sayang. Ibu dah cuba yang terbaik tapi limitasinya kesihatan ibu sayang.

.

Ibu sayang ayah dan anak anak โค๏ธ๐ŸŽ‰

1 Feb 2017


Sekolah baru bukak, hari ni ada kelas swimming.

.

Yahu excitednya 2 kekanak ni, semoga stabillah emosi memasing selepas terperam lama dengan ibu berpantang di rumah.

.

Hari ni ibu berazam untuk lebih bertenang dan penuh kasih sayang. Gitu โค๏ธ