Diari Hanum 8 bulan

  1. Dah mula memanjat
  2. Makan semakin banyak
  3. Membebel lembut sekali
  4. Kalau jerit berdesing telinga
  5. Masih attach pada ibu
  6. Merangkak dah laju
  7. Selalu hilang dari pandangan ibu
  8. Dah faham target kalau tempt dia biasa
  9. Pandai cari barang yang orang sorokkan
  10. Tidur masih tak leba

Advertisements

Jatuh basikal

Isnin 9.55 pm

Semenjak Aliff dan Fateh dah boleh main basikal 2 roda ni, memang aktif betul mereka bermainbasikal di sekitar rumah.
Balik Muo pun hangkut basikal. Sampai dah ada geng.

Dah 3-4 hari selepas solat Isyak di surau depa main basikal. Sungguhpun ibu melarang. Selepas Isyak sepatutnya naik ke rumah masa untuk tidur.

Sehinggalah tadi, selepas isyak mereka bermain basikal di tempat baru, parking basement.

Abang terlanggar adik (Fateh) masa turun bukit.

Mendapaaaaat.

Masa ibu dan ayah tengok lebam pada mata adik, abang start touching. Rasa bersalah mungkin.

My emotional baby 😢

Harta dunia akhirat

Semalam di Muzium Kesenian Islam

Di perpustakaan Muzium join aktiviti kraf

Kesayangan hamba

Aduhai sayang..

 

Anakku,

Jatuh bangun, suka duka, sakit sihat itu lumrah. Hadapinya dengan tenang, tabah dan kembalikannya semula pada Allah, kecintaan kita.

Teruskan kehidupan dengan lebih bermakna.

Fateh 4 tahun sebulan

Hari tu masa tengah teman Fateh tengok tengok mainan, dia macam belek belek label.

.

Last sekali dia cakap, “ibu, ni tak ada tanda halal pon!”

.

Tergelak besau abam jual mainan tu!

.

Belum habis ngaji ni.

.

Ibu lupa pulak bagitau tanda halal pada label biasa pada makanan minuman je.

.

Lepas ni kena masuk topik sumber halal pulak. Lebih panjang ceritanyaaaaa..

Aliff sayang ibu?


Semalam Aliff macam marah ibu je.

Dia buat perangai suka kacau orang. Fateh Hanum pun jadi mangsa dia.

Kisahnya, dia nak tak nak puasa, ibu pujuk tak bagi bukak puasa. Dia nak bukak puasa hanya sebab ‘cair’ ayah offer Fateh nasi goreng semalam.

Mana taknya, nasi goreng tu favourite dia kot!

Memanglah nak berbuka.

Hurmmmmm..

Oh anak ibu meh sini ibu nak peluk ketat ketat. Ibu sayang Aliff banyakkkk

Kita try lagi ye jadi manusia yang sabar dan baik hari ni ❤️

Kita selalu lupa

nak syukur.

Selalu mengeluh stress sedih rasa tak bagus handle anak anak, anak orang lebih baik.

Sebab apa?

Selalu sangat tengok kehidupan orang lain, lupa nikmat Allah bagi pada diri sendiri.

Lepas tu, kita stress sbb kita tak terima seadanya apa yang Allah bagi tu.

Astaghfirullah.

Ampunkan aku Allah.

Aku insan leka lupa dan hina.

Atas anugerah yang Kau beri.

Meroyan

Bismillah.

Semalam kecoh berita seorang ibu kelar baby dia umur 2 bulan.

Dan di FB begitu ramai share tentang meroyan.

Allah..betul begitu sekali impak untuk jaga ibu dalam tempoh berpantang. Paling tertinggi adalah emosi.

Sedikit ilmu ibu nak share di sini daripada FB Encik Matt, untuk rujukan ibu kemudian hari.

postpartum ada 3 peringkat:

1) Pertama dipanggil postprtum Blues. Ia berlaku tidak lama, hanya beberapa hari sahaja dan ia boleh dikawal dan tidak serius.

2) postpartum depression. Ini yang biasa kita dengar. Mudah menangis, tertekan, marah, cepat panik, letih, sukat tidur malam dan boleh jadi meracau. tetapi belum mengganas. Mudah dikesan, perlukan rawatan.

3) Postpartum psychosis . Ini paling bahaya. Rentetan dari postpartum depression berpanjangan dalam tempoh 6 minggu atau lebih. Ibu mula mengganas, mula berhalusinasi, mencari idea untuk mencederakan diri atau orang yang berdekatan sehingga membunuh diri atau bayi . Macam orang kena rasuk, ketika itu hormon thyroid dan hormon-hormon lain turun terganggu. Patutlah dulu kawan saya pernah cerita isteri beliau pergi dapur makan ayam mentah. Semua orang fikir kena rasuk jin atau sudah gila. Sedangkan ibu ini sedang melalui fasa kronik Postpartum Psychosis. Perlukan rawatan dengan segera.

-Encik Matt

Jadi, lihatlah betapa encik suami saya bersungguh sunggu seboleh bolehnya nak KPI dia dalam menjaga mak pantang adalah cemerlang. Bini, kau menangis sekarang terharu! Hahaha, ALHAMDULILLAH memang syukur sangat sangat sangat sangat Encik Khairil Syazwan Khalil ni jadi suami saya.

Kalau ada grade lebih cemerlang itulah yang layak untuk beliau.

Huhuh.

Awi ayang bi nyak ngak!

Terima kasih ayah, ntahlah Nadiah rasa tak layak nak cakap pape untuk awak, sebab Nadiah rasa awak layak hadiah bidadari teristimewa di Syurga nanti amin amin amin dengan melayan karenah anak anak kerja rumah dan jaga perangai Nadiah lagi masa pantang lagi. Sobs.

Ada sekali awak buat nestum tak manis sangat pun Nadiah nangis, sebab emo tak reti jaga anak dan awak penat. Huhu T______T

Hormon sangat kannnnnnnnn.

Tabah ye ayah sikit lagi je–bidadari.