28 Jan 2017

Bismillah

Hari ke 5, pening lagi nak cari nama.

Ayah suka Hanum, anak anak suka Hana.

Solat istikharah lagi kata ayah.

Alhamdulillah hari ni tak ada rasa emo. Cuma penat, sakit kepala, banyak tengok screen kot :p DEGIL ni!

Suka belek adik baby.

Fateh macam biasa salin baju 8 juta kali jugok.

Rutin sekarang, bangun-ayah siapkan anak anak lelaki-siapkan breakfast depa simple-ibu breakfast simple-siapkan air mandi adik-mandikan adik-siapkan air mandi ibu-bakar tungku-ibu mandi-ayah urut ibu sikit-ibu tunku-ibu susu adik-ayah masak-anak anak main sampai terbalik rumah-petang ayah layan abam abam kalau tak larat ayah nap sekejap-pastu siapkan makan ibu seterusnya ibu pun tak larat nak sebut.

I LOVE U AYAH BANYAKKKKKK!

Adik belajar meniarap

Kulit dah start menggelupas, mama cakap dulu salin kulit huhu

Kuku semua jenis panjang masa baby

23 Jan 2017

Bismillah

Blood show dah muncul pada hari Sabtu hari tu lagi. Malam tadi pun dah start sakit kuat. Tapi macam boleh tahan jugak, tapi still tak boleh tidurlah kan.

Jadi pagi tadi ayah pergi ofis macam biasa, ibu lepak kat rumah sebab mama datang bawak bibik bagi dia prektis untuk tolong2 nanti kerja kerja rumah seminggu sekali.

Hehe pinjam bibik dayah untuk buat kerja rumah sikit sikit masa tempoh panjang. Ops bukan pinjam free huhuhu.

Sebelum tu sempat pulak haku breakfast dengan abang, asalnya plan breakfast dengan Alia tapi tak jadi, mama dah sampai. Tetiba lapar ingat nak beli roti canai dekat dekat, sekali banyak pulak kedai tutup dan habis sebab dah 1030 pagi. Sekali rupanya oden lupa bawak duit.

Terpaksa call rescue encik suami, sekali terbreakfast sekali hohoh kalau jodoh tak kemana kan.

Jadi petang tu lepas ambik bebudak, ayah ajak ke IOI supaya boleh ibu berjalan banyak sikit. Memula sebuah kemalasan lahkan, tapi pergi jugak. Ayah pancing nak guna wilca sebab saja nak bawak ibu jalan jalan supaya nak distract daripada rasa sakit, tapi ibu nak jalan jugok.

Lepas tu pergi TESCO beli barang dapur sikit.

Sepanjang jalan jalan memang sakit betul, tarik nafas hembus jelah yang mampu heheheh. Pengalaman sangat kan. TQ ayah bawak ibu jalan jalan last sebelum beranak heheheh

 

2 beradik yang selalu bikin ibu fenin

 

22 Jan 2017

Bismillah.

What a day! Alhamdulillah.

Genap 32 tahun hari ni.

Malam tadi tepat pukul 12 am, ayah suprise dengan pavlova. Nakal ayah ni dia kata keluar nak bawak anak anak makan rupanya pergi beli pavlova, anak anka dah terbongkang tidur.

Menangislah ibu kan.

Pagi tu apa lagi terus terkam!

Dan adik ternyata tidak mahu share birthday dengan ibu.

 

Pagi tu request pada ayah hadiah no 2, manicure dan inai! Alhamdulillah hahah ayah layan je lah kan mak buyung menghada hada niiii. Kah kah kah okeylahkan daripada kena pakai baju kelawar kan yah kan?

Family datang rumah buat makan makan n kekanak mandi swimming pool.

Terima kasih semua (love,love)

Abi layankan anak anak buah 

Da

 

21 Jan 2017

Bismillah.

Alhamdulillah Allahuakbar! Seronoknya hari ni. Penuh aktiviti, malam je dah flat dan start rasa sakit contraction.

Punyalah kawan kawan uia dah plan nak keluar gathering kat jaja kalam bagai hahahah, siap pesan kat Laila ingat jalan nak ke hospital kot pepehal. Yo yo on je dah la yang bagi nasihat tu Akram. Dialah yang bagi cadangan suruh kiteorang gi serbu jaja kalam sebab ada promo, dia yang semangat-semangat dia pulak yang tak ada, ceit bertuah ko Akram!

Alhamdulillah sangat sangat sangat ada rezeki ke kelas Belajar Quran perkata anjuran kak Tiha, awwww ingat takde rejeki, sesungguh Allah Maha Baik, bagi kita ruang dan peluang join majlis ilmu ni. SERONOK YANG HAMAAAATTTTTTTT, tak sabar habis pantang join next kelas, semoga Allah izinkan. Tak reti nak explain pasal kelas ni memang kena pergi sendiri, add FB Puan Cahaya Sulaiman.

Balik rehat jap dalam 100 tengahari, solat dan Laila datang pick up, Fizah pun datang parking kat rumah apa lagi vroooom ke Jaja Kalam, kat sana Salwa dan Dayana dah sampai. Meriah mak ngah sangat butik Jaja Kalam jadinya, dengan Laila tetiba jadi Personal Shopper terjun untuk Ain, Akram n Jijah. Ceeet~

Boleh pulak kiteorang berjemaah tak bawak cash berangan sangat nak cucuk lepas tu nak cucuk tang mana je, boleh pulak rezeki Laila bawak cash bayangkan lah total RM300++ amboi Laila bawak cash banyak banyak ni nak shopping raya ke?

Lepas dah settle shopping Jaja Kalam kiteorang nak terjah butil Alia pulak, Aishah Hana. Turun je dari butik Jaja Kalam depan Manjaku terserempak dengand ak kembar, Amira. Jodoh sangattttt, terus terkam dia tanya memacam (update la pape yang patut) Ibu buyung ni tak leh lama, nak gerak terus.

Dah solat (buat bising sekali) kat butik Alia, colek Alia jap pergi makan dekat MAKAN depan butik dia tu, konsep ala boat noodle. Okey la boleh tahan. Amboih syok sungguh kami macam masing masing duk single lagi. Kekadang resah juga mikirkan suami dengan anak anak tapi kejap je lepas tu lupa daratan jugak. Heheh sekali sekali lagi resah balik hahha lepas tu lupa balik, tah pape kan?

Dah selesai makan hai hai bai bai semua orang, Dayana suami dia ada je area Bangi tu pick up dia, Laila hantar ibu dan Salwa balik rumah sebab Acap ada kat rumah mandi swimming pool dengan anak anak segala.

Malam tu anak anak kebulur sangat, ibu pulak dah tanya ayah nak pape tak, tapi takpe ada makanan sikit sikit makanla apa yang ada.

Salwa Acap balik lepas Maghrib. Ayah keluar jap kata nak bawak bebudak makan. (Padahal)

Awwwww ALHAMDULILLAH SERONOK HAMAT mak buyung berjimba sebelum beranak 🙂

Oh, oh malam tu jam 12.10am ibu tengah rehat sebab keletihan amats, contraction pun macam dah start, tetiba ayah buat suprise pavlova dengan lilin awwwww sayang ayah, ibu suka sangat! (lap aur mata)

 

Kakak yangs aya sayang jugak inspired, kak Fir

Kak Tiha dan Kak Sha yang saya sayang jugak

Sahabat tempat kaunter pertanyaan yang saya sayang

Kecohlah korang!

Time nak bayor pun kecoh, siap ada tudung missing in action, tudung haku pulak tu!

Awwww sempat curi masa Kak Jaja untuk sesi luahan perasaan untuk berbisness, kak Jaja ni sangat lah sportingggnyaaaaa, dah lah cantik, baik, bijak bisnes lalalalala aku? kirim salam

Tengoklah kegedikan memasing eh ke aku je

Amira rindu awak

Di butik Alia, Aishah Hana, datang sini reramai belakang PKNS Bangi

Lepak @ MAKAN

Oh lupa cakap terserempak Salmi yang comel

img_7087

Awwwww ayah buat SUPRISEEEEEE! huhu tak sangka sangat sebab tadi lepas kursus pagi tadi sempat aku curi2 pergi beli pavliva kat SERAI, 2 minit dah habis

Ayah whatsapp mandi swimming pool

 

18 Jan 2017

Bismillah

Hari ni kemain semangat memasing nak naik kuda. Ada school trip.

Ibu pulak macam biasa sekejap emo sekejap terlebih penyayang.

Malam best solat di masjid, Aliff iqra sekali 🙂

 

Hari gelap lagi dah keluar, kena sampai pukul 8!

Comel sangat tengok anak ibu naik bas

First experience Fateh naik bas tanpa ibu terharunya!

Abang Aliff beratur naik bas

Sukanya Fateh

Pengalaman baru

Malam dating dengan ayah dan anak anak di masjid

 

17 Jan 2017

Bismillah.

Sekarang ni kalau boleh setiap hari nak hantar anak anak ke sekolah.

Apa tah, sebab fikir lepas ni pantang tak dapat keluar sangat, rehat. Jadi kita pulun, memang susah melekat kat rumah bulan Januari hari tu.

Lepas hantar depa ni, terus ke GM Klang last shoppping barang barang adik. Lepas tu singgah IKEA, tak beli apa tapi puas hati lah hari tu teringin rak, sekali tengok rak tu kecik nak mampos so kensel terus.

Shoot balik terus pick up bebudak.

Penat!

Peneman selfie ibu. Lepas ni manja manja dengan ibu lagi ye

39 minggu di GM Klang, sempat lagi!

14 Jan 2017

Bismillah.

Hari ni hari Sabtu.

Ayah teringin breakfast lontong, jadi kami ke lontong warisan dekat dengkil kot.

Aliff macam biasa, nasi lemak telur. Ibu teringin nasi goreng, Fateh share dengan ibu, dia ambik ayam goreng.

Alhamdulillah semua dapat makan dengan tenang.

Lepas tu kami singgah ke ofis, ayah ambil barang. Kat sini Fateh merajuk, sebab ayah sampai dulu di pintu daripada dia, kah kah lawak jelah anak ibu ni kan.

Setiap hari mesti penuh jadual dengan keluar je. Lepas breakfast, pergi carrefour pulak sempat lagi kirim pavlova mak panas. Nyummmms puas hati aku harap ni last lah kot kan mengidam benda manis manis ni. Aishhhh.

Alhamdulillah untuk hari ni, anak anak perangai pun soleh hari ni cuma ada jugak la terbabas bergaduh sikit. Hurrrrm~

Fateh tak masuk pulak

Suka sangat nasi goreng sampai tak mahu share dengan ayah

Suka ibu daat layan Aliff naik kereta mainan ni, haih abang baby sangat! Sayang ibu