Syurga paling dekat

Menjaga ibubapa yang sudah berumur bukan perkara yang mudah dan boleh jadi mencabar.
.
Tapi bila kita melakukannya macammana mereka melayan kita masa kecik dulu, itu adalah pintu kita ke syurga.
.
-Mufti Ismail Menk.
.
Teringat encik suami bagitahu, nak masuk Syurga tu tak yah fikir jauh-jauh dulu, start dulu yang paling dekat ada dalam rumah ni—mak ayah kita.
.
Bila kita dah dewasa, rasa macam makin pandai. Kita lupa mak ayah makin tua, jiwa makin sensitif tak sama macam masa kita kecik dulu.
.
Kalau ada berbeza pendapat, kita belajar untuk diam dan terima pendapat dia. Kalau tak setuju ada cara untuk tak setuju. Tak perlu jadi pendebat cemerlang dengan mak ayah.
.
Insaflah saya, sobs.
.

Retis katanya

Masuk tv punya hal, tudung raya pun rasmi awal.

.

Alhamdulillah berpeluang rasa jadi retis sekejap. Eh bukan aku cakap tapi semua orang cakap hahahah.

Ai follow je.

Bawah ni malam sebelum first time masuk TV.

Beriya siapkan props.

Fateh pung pandai sebut TV hijjah.

Suka betul si Fateh setiap kali nak ajak ke TV hijjah dia.

Foto bawah adalah kenangan untuk kami pahat di sini.

Maaf ye kalau anda rasa ada unsur show off. Tak niat langsung.

   
    
    
    
    
 

Kucing kami

  
Tak pernah seumur hidup sangka akan bela kucing.

Pasal aku ni jenis bukan berani belai-belai makhluk comel yang sekor ni.

Tapi husband sebaliknya.

Terpaksa pula kan.

Anak-anak pula jenis suka.

Jadi bermulalah kehidupan kami bersama seekor kucingf yang dikutip di tepi jalan.

Asalnya ingat betina. Bolehla mewakili team muhammad kita kan.

Hummm.

Lain pula kisah Ramadhan ni kan.

Sampai 2 kali hilang.

Nangisla ibu macam ni.

Pulanglah sayang.

Bahagia ibu

  
Bahagianya bila anak berselera dan puji bila ibu dia masak.

Ibu : Abang Alift suka makan kat kedai ke kat rumah?

Aliff : Mestilah kat rumah!

Ibu : Eh kenapa? (ayat pancing)

Aliff : Sebab ibu masak sedaplah! (walaupun biasa-biasa je)

Maka, ibu dia tak boleh lelap tidur malam tu akibat kecairan. Kah kah kah.

Suwit

Rata-rata reaksi dalam FB ni pada ‘sweet couple’ viral tu dah ala ala mak bapak kita punya respon bila tahu kita ada hati pada seseorang dulu.
.
“Nanti dah kawen lalalal.. nanti dah ada anak lalala…kawen ni berat tanggungjawab lalala..”
.
Paling tak boleh lupa ayat abah, “nanti ko dah kahwin, baru tau busuk tak busuk kentut laki ko!”
Masa tu, kita tengah angau, mana pedulik semua tu. Kah kah kah.
.
Sekarang ni……
.
Cakap mak abah tak pernah tak betulnya.

(Dah mintak ampun dulu tadi dengan incik suami)

Redha.

Nota : Panggilan di FB, Cik Nad. So halal jelah Cik Nad jugak kat sini :p

.
.
Apa yang Cik Nad rasa sendiri dengan pengalaman hidup saling pesan supaya yang lain juga muhasabah balik diri sendiri.
.
Tapi kalau salah nak minta maaf dulu.
.
Khusus untuk kaum wanita.

Kita semua tahu dan maklum bahawa ramai penghuni neraka terdiri daripada wanita, betulkan?

As we know, kaum perempuan kaum yang mudah ditindas, ditekan, dibuli, kaum yang lemah, penuh emosi.
RAMAI WANITA MATI DALAM KEADAAN TAK REDHA, BURUK SANGKA PADA ALLAH, TAK YAKIN PADA ALLAH, TAK REDHA TAK MAAFKAN ORANG YANG BUAT SALAH.
Ini antaranyalah.
.
Belum lagi kira kes kes besar macam derhaka pada suami, mengumpat, mengutuk, prasangka dan sebagainya.
Kesian kan kita?
.
Jadi apa yang Cik Nad nak sampaikan sebenarnya?
.
BELAJAR REDHA dari sekarang. LEPASKAN semua perasaan tak puas hati n serah pada Allah.
.
Pernah tak selsema?
.
Rasa beban sangat kat hidung tukan kalau nak tidur. Nak bernafas punyalah susah.
.
Again.
.
LEPASKAN, lepaskan segala rasa dendam, tak suka, tak puas hati dalam hati.
.
Serah pada DIA.
.
Sesungguhnya, Allah Maha Baik. Besar hikmah Allah, Allah susun untuk kita.
.
Ramadhan ini masa terbaik doa yang terbaik untuk diri sendiri.
Nota : Cik Nad tengah selesema.